Sunday, 8 May 2011

Hasil tangan orang asli

Melawat ke pameran orang asli akhir april 2011, dapat jugak capture hasil tangan diorang. Hasil tangan diorang sangat kreatif, dan bahan yang digunakan boleh digunakan bagi tujuan ubatan tradisional. Orang asli memang bagus dalam menghasilkan kerja tangan dari sumber asli yang menarik, macam2 hasil yang ada dijual dekat pameran tu. Tapi malangnya, expo macam tu tak di hebahkan ke pengetahuan umum. Jadi yang mengunjungi ke pameran itu sangat lah kurang.

Di sini saya ada masukkan beberapa produk yang saya rasa menarik. Ini adalah bertujuan membantu mereka dalam memasarkan produk di atas talian (online). Sebarang pesanan, akan dihubungkan terus ke 'person incharge' di kampung.

Cuba tengok beberapa gambar yang sempat saya ambil.


Kotak, dibuat dari kertas buatan sendiri (hand made paper). Kertas dibuat dari sejenis pokok, tak ingat pulak nama pokok tu. saiz kotak dalam 3 x 3 inci, lebih kurang la. harga dalam RM20. Tapi kalau banyak, rasanya boleh kurang.

Kalau orang utara guna untuk tampi padi masa zaman dolu-dolu, tp sekarang ni ramai yg guna buat hiasan rumah. ada jugak yang guna buat isi buah. tapi terpikir satu idea untuk buat bekas hantaran, macam cun jugak.hehe.saya ada beli saiz sederhana untuk simpanan. :) .. harga dah la murah, yang kecik sekali bersaiz pinggan nasi, baru RM20-RM25..yang paling besar RM35-RM40..


ha..yang ni pulak ukiran dari kemuning hitam. Kata orang asli, kalau kena buatan orang, boleh kikis sikit, masuk dalam air, minum. tak pasti sejauh mana kemujarabannya. kayu ni luar dan dalam warna hitam. bukan diwarnakan tau..harga berbeza ikut ukiran. boleh rujuk kat bawak...

Keris, selalu dijual RM40, katanya paling murah...selalu jual RM50..saiz lebih kurang 1/2 meter (main agak je)..



Kedua-dua ukiran ni pulak tak pasti bentuk apa, tapi banyak orang cina beli. Mesti ada kaitan ngan kepahlawanan cina dulu kot. apa-apa pon cantik jugak bentuk nye..harganya RM35..



Banyak lagi hasil kraft tangan dari orang asli, tapi ini je yg dapat diambil gambar. Kalau nak order, boleh jugak email ke email bigfieldgurl@gmail.com (saya bagi nombor contact diorang kemudian), mana tau kot ada yang nak buat door gift utk apa2 majlis. Jangan risau, email on 24 hours. So kebarangkalian untuk tak baca email adalah rendah. :)  



Sunday, 17 April 2011

Bekas Telur....

Post pertama bagi blog ni. Hasil dari pengubah suaian dari bekas air yang besar, maka jadilah bekas telur yang cumel ini. cukup-cukup untuk muatkan sebiji telus gred B. Telur Gred C pun boleh jugak. Selalu kalau kenduri mesti orang guna telur ayam saiz B atau gred C ja..murah sikit..:)
Any how kalau ada yang nak saiz muat telur ayam gred A, boleh diuruskan, perlukan sedikit pengubahsuaian.

Ini ada contoh. Actually banyak lagi warna lain, tapi ini yang sempat diambil gambar secara 'close up'.
Ni la contoh warna kuning dan ungu.. bila masuk gambar kurang cun pulak..:)


Ha..ni pulak warna bercampur (multi colour)...i like this one...:)


Kalau ada yang nak tempah, pon boleh je...nak ikot warna tema majlis pon boleh..kalau berkenan, boleh contact saya kat email bigfieldgurl@gmail.com...
Sila buat tempahan awal untuk elakkan kelewatan ye...:) 

Harga yang ditawarkan:
Seunit: rm2.80
Harga promosi bagi order tinggi: rm2.50
untuk multi-colour: seunit rm rm5.00 (order tinggi, boleh la kurang ke rm4.50 seunit)
*Tak termasuk kos penghantaran.